Monday 31 October 2011

Cerita porter Kinabalu


KEGAGAHAN Amirin yang berat cuma 40kg tapi mampu mengangkat bebanan seberat 70kg sememangnya mengagumkan.


KETIKA menikmati panorama penuh pesona di kaki Gunung Kinabalu yang menjadi kemegahan penduduk Sabah, sesiapapun pasti mudah menemui sekumpulan lelaki yang sedang khusyuk menyusun sayur-sayuran dan kotak-kotak.

Riak wajah mereka amat serius. Entah apa yang melayang di fikiran salah seorang lelaki itu sehingga dia tidak sedar penulis menegurnya. Barangkali, dia tidak mahu diganggu.
Melihat senario itu, kami memutuskan untuk beredar ke destinasi seterusnya. Namun, langkah itu terhenti tatkala terserempak dengan seorang lelaki bertubuh kurus melakukan perkara yang sama berdekatan dengan kenderaan kami.

Reaksinya amat menyenangkan. Dia melemparkan senyuman kepada kami dan itulah isyarat jelas bahawa dia seorang yang mudah untuk didekati.

“Hai, saya porter Gunung Kinabalu di sini, sekarang ini saya sedang menyusun sayur-sayuran untuk dihantar ke restoran di Laban Rata,” katanya seolah-olah mengetahui soalan yang akan diajukan kepadanya.

Lelaki yang bernama Amirin Saidin, 25, itu, beratnya cuma 40 kilogram (kg). Hairannya, bagaimana dia berupaya memikul bebanan melebihi daripada beratnya? Bagaimanakah pula dia memiliki kekuatan yang sangat luar biasa itu?

KATA Amirin, pantang larang seorang porter ialah tidak boleh menghisap rokok kerana ia menjejaskan stamina.


Amirin yang berasal dari Ranau itu hanya tersenyum-simpul sahaja dengan pertanyaan bertalu-talu yang datang bukan hanya daripada penulis tetapi rakan-rakan yang lain juga.

Jaga makan “Saya jaga makanan saya, saya makan nasi macam orang lain tapi saya tidak hisap rokok,” katanya yang hanya mengenakan baju-T hitam, seluar sukan dan kasut sport yang sesuai untuk mendaki gunung sejauh 6 kilometer (km) sebelum sampai ke Laban Rata yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

Amirin memberitahu, bebanan yang berupa hanya sayur-sayuran seperti sawi, kangkung dan bayam pada hari itu sebenarnya tidak seberapa bagi dirinya. Dia sudah terbiasa.“Ini biasa saja, saya pernah angkut set pemancar RTM seberat 70kg seorang diri,” katanya.

Demi sesuap nasi juga, Satimin Angat, 39, mencari rezeki dengan bekerja sebagai porter atau pengangkut barang di Gunung Kinabalu sejak lapan tahun lalu.Cerita Satimin yang sudah lapan tahun berkecimpung dengan tugas itu, kebanyakan porter diupah sebanyak RM120.

“Biasanya upah itu merangkumi perjalanan pergi balik dan masa turun juga kita akan bawa barang,” kata Satimin yang kerap membawa barang seperti simen, pasir dan beras dengan berat antara 35 hingga 55kg.
Kebanyakan porter di gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara ini memulakan kerja seawal pagi. Kepada yang mahukan wang ekstra, mereka akan mengambil upah membawa barangan dua atau tiga kali sehari.
Ada juga yang berkhidmat dengan para pendaki hingga ke puncak Kinabalu.

Seperti kata Amirin, Satimin juga mengakui, rahsia kekuatan fizikalnya adalah disebabkan dia tidak pernah merokok. Tidak pernah cedera
Lazimnya, porter akan mengangkut barang seperti beras dan sayur-sayuran.


Sememangnya tugas sebagai porter diselimuti dengan cabaran dan rintangan. Kecederaan boleh menerjah mereka pada bila-bila masa. Amirin dan Satimin mengakui hakikat itu.
Bagaimanapun, bukan untuk membangga diri, kedua-dua lelaki itu memberitahu, mereka tidak pernah ditimpa ke cederaan.
“Benar dan syukur kerana selama menjadi porter, kami okey saja, tidak cedera, mungkin sejak dari kecil kami sudah tahu risiko dan semakin kebal,” kata Satimin berseloroh.
Bagi seorang porter lagi yang mahu dikenali sebagai Pitol, 39, pula berkata, dia seolah-olah mendapat kekuatan semula jadi sejak kecil. “Saya jenis yang makan sayur setiap hari,” tambahnya yang tinggal di Kampung Wanj yang terletak berdekatan dengan Gunung Kinabalu.

Terlanjur berbicara, Pitol mendedahkan bahawa dia, Amirin dan Satimin mempunyai pertalian saudara.“Untuk pengetahuan kamu, kebanyakan porter-porter di sini semuanya bersaudara,” katanya yang kadangkala mengambil upah menjadi pemandu pelancong dengan bayaran sekitar RM85 sehari. Bagi penduduk yang tinggal sekitar Gunung Kinabalu, berkerja sebagai porter umpama sudah menjadi darah daging.

“Kerja ini memang tak popular, nampak susah tapi tidak bagi orang gunung seperti kami, ia sudah sebati. Rasanya mendengar bunyi cengkerik dan tiupan angin hutan lebih menarik daripada berdepan dengan kesesakan lalu lintas di bandar,” kata Pitol mengakhiri bicara.


Petikan dari Akhbar Kosmo

Couple sleeps on RM40mil money bed


A couple in China were found sleeping on a bed, stacked up with bank notes totaling more than 80mil yuan (RM39.34mil).Henan police made the discovery after arresting Li Wuzhi and his wife, Cui Yanyun.

The couple were accused of leading a group specialising in producing and selling drugs, following the seizure of 2.8-ton of mephedrone from them.Also arrested were six other suspects, mostly family members and relatives of the couple.

The couple were selling pharmaceutical products.They ventured on the road of no return after making a huge profit from selling mephedrone to a drug trafficker in 2009.They then started to make their own drugs. Although they made a fortune, the couple were not happy.

"They always argued about how to spend the money," laughed An Qunqing, chief of narcotics division of Anyang City police department.Police said the couple later decided to sleep on the money, as they could not keep the illegal gains in the bank.

"They said this was the safest way to safeguard the money," said police.
Source: Xinhua
Petikan  :  The Star  Oct 27, 2011

Friday 28 October 2011

Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3.07 juta





























SUSHIL KUMAR memegang cek bernilai AS$1 juta (RM3.07 juta) sambil bergambar bersama bintang Bollywood, Amitabh Bachchan.



NEW DELHI - Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire. Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.

Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul. "Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan. Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.

Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen. Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah. Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil. - AP 

Petikan kosmo 29/10/2011

Tuesday 25 October 2011

Nasionalis Punca Murtad - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan."Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam."PAS orang pertama mempertahan Islam.

"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.
"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.
"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.

Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.

Petikan dari harakahdaily. 26/10/11

Lima beradik malang dibela





















KUALA LUMPUR – Sehari selepas pendedahan mengenai nasib malang lima beradik yang terpaksa bergilir-gilir ponteng kerana mahu menjaga bapa mereka, Zulkifli Deraman, 44, yang diserang angin ahmar, mereka terus mendapat perhatian.

Dalam reaksi segera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam bersetuju menghulurkan bantuan menerusi skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM450 sebulan kepada kesemua anak-anak Zulkifli, 44, yang kini mendiami rumah usang di Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarahnya, Hadzir Md. Zain berkata, keluarga malang itu juga mendapat bantuan peribadi daripada Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussain sebanyak RM400.

“JKM akan sama-sama memantau dari masa ke semasa supaya keluarga ini dan anak-anak ini dapat belajar dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai nasib malang lima beradik itu yang terpaksa mengorbankan zaman persekolahan mereka dengan bergilir-gilir ponteng sekolah sejak Januari lalu demi menjaga bapa yang sakit serta datuk dan nenek mereka yang uzur.

Anak-anak Zulkifli terpaksa tidak ke sekolah sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk menjaga bapa, datuk dan nenek mereka bagi meringankan beban ibu mereka yang mengambil alih tugas menyara keluarga.

Dipetik dari laporan Kosmo! 26/10/11.

Thursday 20 October 2011