|
LOS ANGELES - Gambar baharu banduan digeruni, Charles Manson yang
dipenjara selama 40 tahun kerana terlibat dalam satu siri pembunuhan
kejam telah didedahkan oleh pihak berkuasa penjara California kelmarin.
Manson yang berusia 77 tahun dikatakan akan menghadiri perbicaraan parol yang baharu pada Rabu depan.
Gambar itu menunjukkan dia kelihatan tidak kemas dengan rambut beruban dan berjambang.
Dia juga masih mempunyai tatu sawastika pada dahinya.
"Kali terakhir dia menghadiri perbicaraan parol ialah pada Mei 2007.
Dia kemudian tidak diberi parol selama lima tahun," kata seorang
pegawai, Terry Thornton dari Jabatan Pemulihan California.
Manson merupakan salah seorang banduan paling digeruni di Amerika Syarikat.
Dia dipenjarakan di penjara negeri Concoran, 300 kilometer dari Los Angeles.
Pada tahun 2007, dia dinafikan untuk mendapat parol buat kali ke-11.
Dia pernah mengetuai satu kumpulan ajaran sesat dan merancang plot
pembunuhan di kawasan perumahan mewah yang dihuni oleh penduduk kulit
putih sebelum menyatakan jenayah itu dilakukan oleh penduduk
Afrika-Amerika.
Manson dikenakan hukuman mati kerana peranannya membunuh tujuh orang
mangsa termasuk isteri pembikin filem Roman Polanski, Sharon Tate yang
hamil pada Ogos 1969.
Namun, hukuman itu ditukar kepada penjara seumur hidup selepas hukuman mati diharamkan di California pada tahun 1972. - AFP
Petikan dari : www.kosmo.com.my
Tarikh : 07/04/2012
No comments:
Post a Comment