|
LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba
berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal
dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.
Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator
digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital
Dada London di sini.
Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika
perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu
lalu kerana diserang sakit jantung.
Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota
perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba
di hospital.
Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.
Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.
Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.
“Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.
“Dia telah mati ketika itu,” tambah Tobin.
Petikan : www.kosmo.com.my
23/03/2012
No comments:
Post a Comment