GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang
tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan
bekalan makanan.
Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa
Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga
15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.
Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat
tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.
Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini
juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa
berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.
"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung
semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai
buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.
Petikan www.kosmo.com.my
11/01/2012
No comments:
Post a Comment