|
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beban hutang pentadbiran AS
melepasi takat AS$15 trilion (RM47.39 trilion) kelmarin ketika ahli-ahli
politik terus bertelagah berhubung langkah-langkah yang perlu diambil
bagi mengurangkan perbelanjaan negara.
Agensi berita AFP melaporkan, angka daripada Perbendaharaan AS
menunjukkan beban hutang persekutuan yang ditanggung rakyat negara itu
kini berjumlah AS$15,033,607,255,920.32 (RM47,490,698,234,988.44),
meningkat sebanyak AS$55.8 bilion (RM176.28 bilion) sejak Selasa lepas.
Jumlah tersebut dianggarkan menyamai 99 peratus saiz keseluruhan
ekonomi AS untuk tahun 2011 yang disifatkan amat tidak sihat oleh
pakar-pakar ekonomi.
Petikan : Kosmo 18/11/2011
No comments:
Post a Comment