LISBON, Portugal - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di sini,
Hunter Halder yang berusia 60 tahun akan mengedarkan lebihan makanan restoran
dengan percuma kepada penduduk miskin yang ditemuinya pada setiap hari.
Halder akan pergi ke restoran dengan menunggang sebuah basikal untuk
mendapatkan bekas plastik yang mengandungi lebihan makanan untuk diedarkan
kepada penduduk miskin.
Dia kemudian meminjam kereta milik sukarelawan untuk menghantar makanan
tersebut. Seramai 80 anggota sukarelawan dan 30 buah restoran menyertai projek
menghantar lebihan makanan tersebut yang dirintis oleh Halder sejak Mac
lalu.
Antara makanan yang diedarkan itu ialah daging, sup, nasi dan ubi kentang.H alder mampu mengedarkan makanan itu untuk 100 orang setiap hari.
"Saya tidak boleh hidup tanpa Hunter. Sebelum saya mengenalinya, saya pernah
tidak makan selama beberapa hari," kata seorang lelaki berusia 55 tahun, Celeste
Castanho yang menerima lebihan makanan yang dibawa Hunter itu.
Dia hanya menerima elaun kebajikan bulanan sebanyak 300 euro (RM1,289) untuk
keluarganya setiap bulan.
Menurut Hunter, dia melancarkan projek itu yang dikenali sebagai Re-Food bagi
membantu penduduk miskinkerana krisis kewangan yang melanda Portugal. - AFP
Petikan Kosmo 23/11/2011
No comments:
Post a Comment