|
PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy memanggil Perdana
Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai seorang penipu ketika berbual
dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang kemudian
merungut terpaksa berdepan dengannya (Netanyahu) setiap hari.
Perbualan itu berlaku sewaktu Persidangan G20 di Cannes, Perancis
baru-baru ini. Kata-kata itu didengar oleh wartawan-wartawan selepas ia
secara tidak sengaja disalurkan ke sistem yang digunakan untuk tujuan
terjemahan, lapor laman web media, Arret sur Images.
"Saya tidak boleh berjumpa dengannya (Netanyahu) lagi. Dia seorang
penipu," kata Sarkozy dalam bahasa Perancis. "Anda mungkin sudah meluat
dengannya, tetapi saya terpaksa berdepan dengannya setiap hari," balas
Obama yang diterjemahkan ke dalam bahasa sama.
Beberapa orang wartawan yang dihubungi AFP mengesahkan mereka
mendengar perbualan tersebut. Laman web itu juga menyatakan bahawa
sekumpulan wartawan mengambil keputusan untuk tidak melaporkan insiden
itu kerana menyifatkannya sebagai perbualan sulit. - AFP
Petikan kosmo 09/11/11
No comments:
Post a Comment