KUANTAN - Seorang pegawai polis berpangkat supritendan kerugian sebuah kereta
dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di
Beserah di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Mohd Haris Daud
berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga
35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu
dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.
"Mangsa, 56, dan isterinya, 53 tahun diacukan dengan parang dan besi kuku
kambing dan kemudiannya diikat kaki dan tangan di kepala katil dengan mulut dan
mata mereka turut ditutup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, suspek menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta
Toyota Harrier serta telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai RM1,700. "Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM90,000,” katanya.
Haris berkata, mangsa yang merupakan anggota misi Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) di Sudan, baru pulang daripada bercuti pada Jumaat lepas. - Bernama
No comments:
Post a Comment