|
KUALA LUMPUR – Integriti teknikal pada bukti Asid Deoksiribonukleik
(DNA) yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata
memberi kelegaan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
apabila semalam dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat
bekas pembantu peribadinya itu di sebuah kondominium di ibu negara empat
tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah
ketika membacakan penghakiman selama lima minit berkata, mahkamah tidak
mempunyai bukti secukupnya untuk mensabitkan Anwar, 65, bersalah
terhadap tuduhan dia meliwat Mohd. Saiful, 27.
“Selepas meneliti sepenuhnya bukti keterangan, mahkamah tidak boleh
seratus peratus yakin berhubung integriti sampel DNA yang diambil
daripada pengadu (Mohd. Saiful) tidak pernah terusik.
“Sehubungan itu, mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut,” tegas beliau.
Petikan Kosmo! Online - Negara www.kosmo.com.my 10/01/2012
No comments:
Post a Comment