Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu
bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik
(ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa
meninggalkan kesan rompakan.
Kedua-dua penjenayah licik yang memakai seragam pekerja syarikat
kawalan keselamatan untuk mengelirukan orang ramai di stesen minyak itu
dipercayai memiliki kemahiran tinggi yang membolehkan mereka memecahkan
kod rahsia untuk menyelongkar mesin ATM berkenaan.
Kelicikan dan kepakaran mereka menyebabkan kehilangan wang tunai
di mesin ATM itu hanya disedari jam 2.30 petang kelmarin dan pemeriksaan
pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati rompakan
dipercayai dilakukan pada 4 Januari lalu.
Sumber polis
berkata, kejadian disedari selepas petugas syarikat kawalan keselamatan
memeriksa mesin ATM berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak bank
dan laporan kehilangan wang dibuat di Balai Polis Cheras.
“Petugas syarikat kawalan keselamatan berkenaan terkejut
apabila mendapati semua wang di dalam mesin ATM itu hilang sedangkan
tiada sedikitpun kesan pecah atau rosak. Mereka kemudian memaklumkan
kejadian itu kepada pihak bank.
“Selepas rakaman CCTV di tempat kejadian diperiksa, didapati
pada jam 5.30 petang, 4 Januari lalu, dua lelaki memakai pakaian seragam
seakan-akan pekerja syarikat kawalan keselamatan membuka mesin ATM itu
dan melarikan wang,” katanya.
Petikan : www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment