BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China
mendorong polis menyiasat kemungkinan dia maut akibat memakan daging
kucing.
Long Liyuan, 49, mati pada 23 Disember lalu di wilayah Guangdong
selepas berkongsi hidangan daging kucing rebus bersama dua lelaki lain
ketika makan tengah hari.
Daging kucing rebus adalah menu lazim di selatan China.
Seorang daripada lelaki terbabit, Huang Guang, ditahan pada Jumaat
lalu kerana disyaki mencampur racun ke dalam hidangan itu dengan sejenis
herba.
Menurut polis, Huang dan Long mempunyai masalah perniagaan sesama mereka sebelum ini.
Huang - bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Bajia di Guangdong - disyaki memasukkan sejenis pokok beracun yang boleh ditemui di hutan China.
Ketiga-tiga mereka jatuh sakit, tetapi Long akhirnya mati kerana dia
memakan lebih banyak hidangan berkenaan. Individu ketiga dalam jamuan
makan itu, Huang Wen - juga rakan Long - hanya menjamah sedikit daging
berkenaan kerana ia “lebih pahit” daripada sepatutnya. Ketiga-tiga
mereka pernah mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.- AP
Petikan : www.hmetro.com.my
05/01/2011
No comments:
Post a Comment