Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
sitizarinah@hmetro.com.my
KOMITED...sebagai Pengarah Urusan IKSB Shazrina dan Irfan mempunyai hubungan baik dengan pekerja.
PENAMPILAN wanita kepada empat cahaya mata ini cukup sederhana. Tanpa
secalit solekan mahupun gincu pada bibir, wanita berdarah campuran
India di sebelah datuk dan Cina sebelah nenek ini masih menawan dengan
mengenakan padanan blaus dan skirt labuh.
Walaupun bergelar isteri kepada jutawan Internet, Dr Noor Irfan
Khairi Noor Azmi, 34, atau lebih dikenali sebagai Irfan Khairi, Shazrina
Yusof, 36, tidak pernah menjadikan status diri untuk bermegah-megah
atau tampil mewah sama ada dalam penampilan mahupun kehidupan.
SHAZRINA...sanggup menguruskan keluarga tanpa pembantu rumah.
Walaupun
berpendapatan mencecah lima angka sebulan, bagi pasangan suami isteri
ini menguruskan keluarga dengan melihat anak-anak membesar di depan mata
adalah pengalaman paling berharga dan sukar dicari ganti.
“Saya sendiri memilih untuk menjaga anak-anak tanpa mengambil pembantu rumah atau menghantar mereka ke rumah pengasuh. Ini kerana ketika melahirkan anak pertama di England, semuanya saya uruskan sendiri dan selepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan menjaga anak bersama-sama selepas kembali ke Malaysia,” kata Shazrina.
Sebagai Pengarah Urusan IKSB yang menjaga pengurusan syarikat termasuk kewangan dan pentadbiran, setiap hari masanya padat diisi dengan urusan pejabat dan kerja rumah.
Rutin harian Shazrina bermula seawal jam 5 pagi dengan menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap kemudian menghantar empat anaknya, Ilham Abadi, 10, Kasih Kamilia Abadi, 8, Ikhlas Abadi, 6 dan Cinta Strawberry Abadi, 4, ke sekolah.
Buktinya, walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Irfan
Khairi Sdn Bhd (IKSB), dia tidak pernah mempunyai pembantu rumah, malah
menguruskan anak-anak dan keluarga dengan bantuan suami.
“Saya sendiri memilih untuk menjaga anak-anak tanpa mengambil pembantu rumah atau menghantar mereka ke rumah pengasuh. Ini kerana ketika melahirkan anak pertama di England, semuanya saya uruskan sendiri dan selepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan menjaga anak bersama-sama selepas kembali ke Malaysia,” kata Shazrina.
Sebagai Pengarah Urusan IKSB yang menjaga pengurusan syarikat termasuk kewangan dan pentadbiran, setiap hari masanya padat diisi dengan urusan pejabat dan kerja rumah.
Rutin harian Shazrina bermula seawal jam 5 pagi dengan menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap kemudian menghantar empat anaknya, Ilham Abadi, 10, Kasih Kamilia Abadi, 8, Ikhlas Abadi, 6 dan Cinta Strawberry Abadi, 4, ke sekolah.
Kemudian dia bersarapan bersama suami dan terus ke pejabat menguruskan urusan syarikat sehingga anak-anak pulang dari sekolah.
“Biasanya
saya memasak hidangan tengah hari sebelum menghantar mereka ke sekolah
kerana tidak mahu mengganggu urusan pejabat. Selepas mengambil
anak-anak dari sekolah, kami makan tengah hari bersama.
“Sekiranya
tiada bengkel, program radio atau televisyen, Irfan bekerja di bilik
yang dijadikan pejabatnya manakala saya melakukan tugasan dari rumah
kecuali sekiranya ada hal penting barulah saya membawa anak-anak ke
pejabat.
“Biasanya ini tidak menjadi masalah kerana di pejabat
sudah disediakan bilik khas bersama komputer untuk anak-anak belajar dan
bermain,” kata Shazrina yang memiliki kelulusan dalam bidang pengurusan
perniagaan dan perhotelan daripada Universiti Birmingham, United
Kingdom.
Bagi Shazrina, keputusan membesarkan anak-anak serta
menjalankan urusan pejabat di rumah adalah langkah tepat. Sebagai ibu,
dia menikmati banyak kelebihan berbanding pasangan lain yang bekerja
lapan jam sehari antaranya kepuasan melihat perkembangan anak-anak sejak
bayi dan kini bersekolah. Secara tidak langsung jalinan hubungan dengan
anak-anak menjadi lebih mesra dan akrab.
“Saya dan suami
menjadikan anak-anak sebagai kawan rapat. Kami boleh bercerita dan
berbincang apa saja. Malah anak-anak senang meluahkan apa yang terbuku
di hati mereka. Inilah kebaikan menguruskan perniagaan Internet dari
rumah kerana kami dapat makan bersama, menemani anak-anak ketika
belajar, membantu mereka membuat kerja sekolah, bermain permainan video
atau beriadah di padang,” kata Shazrina.
Pada masa sekarang,
pembelajaran di sekolah menjadi bertambah sukar dan mencabar. Anak-anak
dibekalkan dengan pelbagai buku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan
penting memantau perkembangan anak-anak di rumah. Misalnya, melihat
kerja sekolah serta memberi pemahaman apa yang mereka pelajari di
sekolah.
“Ibu bapa tidak boleh meletakkan tanggungjawab kepada
guru 100 peratus dan mengharapkan anak-anak akan mendapat apa yang
mereka pelajari di sekolah.
Sebaliknya ibu bapa harus memastikan
mereka turut berperanan dalam menyumbang bukan saja perkembangan mental
malah emosi dan sahsiah diri,” katanya.
Menurut Shazrina,
banyak kelebihan bagi pasangan suami isteri yang bekerja di rumah.
Antaranya dapat memberi perhatian dalam pendidikan anak-anak seterusnya
mewujudkan keluarga bahagia.
Sebagai ibu bapa moden yang
berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak, Shazrina
mengakui adakalanya wujud rasa gusar memikirkan bentuk didikan yang
bakal diberikan apabila mereka meningkat remaja. Oleh sebab itu, sejak
kecil Shazrina dan Irfan mengajar anak-anak untuk tidak bermewah.
Walaupun
berkemampuan membelikan apa saja barangan yang diminta, cara sebegitu
akan menyebabkan mereka tidak tahu menghargai kesusahan.
“Sejak
kecil saya sudah mengajar mereka menabung menerusi duit sekolah yang
diberi setiap hari. Saya katakan, jika duit simpanan sudah cukup barulah
dapat membeli barang yang mereka kehendaki.
“Walaupun mampu,
kami tidak suka berhabis kepada perkara yang tidak perlu. Jika mahu
sesuatu misalnya permainan, mereka harus berusaha memilikinya dengan
tabungan sendiri. Misalnya apabila mendapat duit raya, saya membawa
mereka membeli permainan mengikut nilai wang yang mereka miliki supaya
mereka belajar menghargainya,” jelas Shazrina yang merancang
perbelanjaan mengikut keperluan keluarga.
Apabila tiba hari
lahir anak-anak barulah dia membelikan hadiah untuk mereka. Dengan cara
ini mereka merasakan tidak semua barang dapat diperoleh dengan mudah.
Selain
itu sebagai isteri dan ibu yang menguruskan keluarga, Shazrina
mengamalkan makan bersama di rumah. Tambahan pula, Irfan lebih suka
masakan isteri berbanding makan di luar.
Setiap hari dia memasak
dan mencari resipi baru menerusi Internet. Begitu juga dalam soal
membeli-belah, Shazrina tidak mengamalkan membeli barangan berjenama,
sebaliknya mengehadkan kepada keperluan dan membeli ketika jualan murah.
“Kami amat jarang membeli-belah kecuali apabila perlu,
contohnya ketika Aidilfitri. Malah, saya dan suami lebih suka amalkan
membeli barangan ketika jualan murah kerana lebih jimat dan berbaloi.
Irfan pula sekiranya terpaksa bekerja luar, sama ada di dalam atau luar
negara, dia pasti membawa keluarga bersama-sama,” katanya.
Shazrina
berharap, dengan didikan dan bimbingan yang diberi kepada mereka sejak
kecil, anak-anak mampu menilai perkara yang baik dan buruk. Dalam pada
itu, Shazrina dan Irfan sentiasa memberi kebebasan kepada anak-anak
melakukan perkara yang mereka minati.
“Sama ada mereka memilih
bidang teknologi, seni atau sukan, sebagai ibu bapa kami sentiasa
memberi galakan. Namun jika diperhatikan kecenderungan anak-anak adalah
lebih kepada bidang teknologi maklumat.
Sejak berusia tiga tahun mereka sudah menggemari bidang rekaan grafik dan masing-masing sudah mempunyai komputer sendiri. Anak sulung, Ilham misalnya sudah boleh membersihkan virus komputer dan ingin mengikut jejak langkah ayahnya manakala anak kedua bercita-cita membuka perniagaan suatu hari nanti,” kata Shazrina yang tidak akan menghalang keinginan anak-anaknya sekiranya mereka mempunyai cita-cita di bidang lain.
Sejak berusia tiga tahun mereka sudah menggemari bidang rekaan grafik dan masing-masing sudah mempunyai komputer sendiri. Anak sulung, Ilham misalnya sudah boleh membersihkan virus komputer dan ingin mengikut jejak langkah ayahnya manakala anak kedua bercita-cita membuka perniagaan suatu hari nanti,” kata Shazrina yang tidak akan menghalang keinginan anak-anaknya sekiranya mereka mempunyai cita-cita di bidang lain.
Bersuamikan seorang yang
kaya dan terkenal, sebagai isteri Shazrina tidak pernah gusar malah
sentiasa memberi sokongan kepada suaminya meneruskan legasi dalam
perniagaan. Sejak mula mengenalinya, Irfan seorang yang sangat kuat
bekerja dan menghabiskan masa 16 jam sehari di hadapan komputer.
“Sebagai
isteri saya tidak pernah menganggap ia sebagai tekanan. Sebaliknya,
kami sama-sama bertukar pendapat untuk memajukan syarikat dan juga
kebahagiaan dalam keluarga. Sejak mengenalinya dia tidak pernah berubah.
Bagaimana sikapnya sebelum bergelar jutawan begitu juga sekarang.
Malah, kasih sayangnya makin menebal dengan kehadiran anak-anak,” kata
Shazrina yang mengakui Irfan tidak boleh berjauhan dengan isteri dan
anak-anak dalam tempoh yang lama.
Mengulas sikap suaminya di
rumah, menurut Shazrina, Irfan seorang yang lembut dan tidak pernah
meninggikan suara. Apabila bercakap, dia sentiasa menggunakan pendekatan
berhemah dan jarang marah.
“Begitu juga dalam mendidik
anak-anak. Dia tidak menggunakan kekerasan sebaliknya pendekatan
psikologi. Oleh sebab itu anak-anak mudah mendengar kata walaupun dia
bukan jenis yang garang.
Prinsip Irfan, apa pun yang berlaku dalam hidup setiap orang perlu berfikiran positif. Sebab itu wajahnya sentiasa ceria,” jelas Shazrina yang menjalinkan hubungan cinta dengan suaminya ketika bertemu di Birmingham, United Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana.
Prinsip Irfan, apa pun yang berlaku dalam hidup setiap orang perlu berfikiran positif. Sebab itu wajahnya sentiasa ceria,” jelas Shazrina yang menjalinkan hubungan cinta dengan suaminya ketika bertemu di Birmingham, United Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana.
Perkenalan diatur rakan masing-masing ketika itu akhirnya menyatukan kedua-dua ke jenjang pelamin.
“Selepas
kira-kira enam bulan bertunang dan cukup setahun usia perkenalan, kami
kembali ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan. Kemudian, kami
terbang semula ke UK dan kembali bekerja,” ceritanya mengimbas kenangan
lama.
Melihat kesibukan sebagai isteri, ibu dan pengarah di
pejabat, nyata Shazrina sangat menjaga kesihatan. Walaupun tidak
mengamalkan rutin senaman setiap hari, tetapi dia dan keluarga sentiasa
bertemu pakar kesihatan bagi memastikan kesihatan suami dan anak-anak
dalam keadaan sempurna.
“Sebagai seorang yang aktif saya akan
pastikan tubuh berada dalam keadaan baik dengan mengamalkan makanan
berkhasiat dan mengambil vitamin tambahan. Saya percaya kesihatan yang
baik akan menjadikan seseorang itu produktif sama ada dalam kerjaya dan
keluarga,” katanya yang turut menetapkan ciri-ciri keselamatan dalam
keluarga sama ada di dalam mahupun ketika keluar rumah.
petikan www.hmetro.com.my 01/02/2012
No comments:
Post a Comment