TANJUNG MALIM - Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia
digantung pengajian selama tiga semester semalam.
Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa
Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr.
Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr.
Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian
II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.
"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah
melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri
seperti dalam kedua-dua pertuduhan.
"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya
telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik
UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan,"
katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Petikan Kosmo! Online - Negara www.kosmo.com.my 10/01/2012
No comments:
Post a Comment