PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam
semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata,
pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding
tahun lalu.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata
pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred
Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang akhbar
mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.
Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan
pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu
meningkatkan GPN tahun ini.
Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua
mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346
tahun ini.
Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapai- an calon
berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370
calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang
pada tahun lalu.
Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon
yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus
berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan
peningkatan empat peratus.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment