PUTRAJAYA – Kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah
sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan
Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan
di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah
dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.
“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan
mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah
tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan
pelbagai pihak termasuk bukan Islam.
“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri
bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan
pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini
kelmarin.
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment