Pemilihan 7 Keajaiban Semula Jadi Dunia dipalit dakwaan negara bayar jutaan ringgit untuk dipilih
TARIKH 11 November lalu bukan sekadar pilihan ramai pengantin dan kelahiran bayi sebaliknya turut mencatat sejarah apabila undian tujuh keajaiban dunia yang baru, ditutup sebaik detik 11 pagi, 11 minit dan 11 saat.

Dan Isnin lalu, senarai awal undian bagi kategori 7 Keajaiban Semula
Jadi Dunia diumumkan iaitu Hutan Hujan Amazon (Amerika Selatan); Teluk
Halong (Vietnam); Air Terjun Iguazu (Argentina/Brazil), Pulau Jeju
(Korea Selatan); Taman Negara Komodo (Indonesia); Sungai Bawah Tanah
Gunung Puerto Princesa (Filipina) dan Table Mountain (Afrika Selatan).
Penganjur senarai itu, Yayasan New 7 Wonders of Nature yang berpusat
di Switzerland dilaporkan sudah menjalankan undian sejak 2007, dengan
440 keajaiban dari 220 negara disenaraikan.
Namun, selepas beberapa pusingan, peringkat akhir menyaksikan 28 keajaiban disenarai pendek sebelum tujuh pemenang diumumkan. Namun, senarai penuh hanya akan diumumkan awal tahun depan selepas penganjur membuat pengiraan semula undian. Undian dibuat penduduk dunia melalui panggilan telefon, talian tetap dan perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Malangnya, tidak sampai seminggu senarai itu diumumkan, tercetuslah kontroversi yang menyelubungi tujuh keajaiban baru itu.
Penganjur dikatakan meminta negara yang mengambil bahagian membayar yuran RM625.46 (AS$199), tetapi selepas proses pemilihan diperketat dan bilangan calon dikecilkan, negara tersenarai diminta membayar sejumlah wang yang besar untuk membantu kempen pemasaran yayasan itu.
Antara dakwaan termasuk penganjur dikatakan meminta Kerajaan Indonesia membayar RM31.4 juta (AS$10 juta) bagi yuran pelesenan dan tambahan RM147.7 juta (A$47 juta) bagi bayaran menjadi tuan rumah majlis penutup rasmi pengumuman senarai tujuh keajaiban itu.
Sebelum itu, Maldives dilaporkan menarik diri kerana tidak mampu menampung kos penyertaan yang meningkat kepada RM1.57 juta.
Pihak penganjur bagaimanapun mempertahankan tindakan mereka dan menyatakan bayaran bagi kempen penjenamaan itu bukannya wajib sebaliknya negara yang mengambil bahagian diberikan pilihan. Mereka juga menafikan dakwaan mengenakan harga yang terlalu tinggi dan menganggapnya tuduhan tidak berasas.
Penganjur juga enggan menyatakan dengan tepat jumlah bayaran yang dikenakan kepada negara yang mengambil bahagian dalam kempen penjenamaan itu, tetapi mengakui yuran yang dikenakan berbeza-beza mengikut negara.
Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah keraguan mengenai senarai tujuh yang diumumkan itu apabila jumlah sebenar undi yang dikira tidak didedahkan penganjur.
Ini bermakna sesiapa saja yang sanggup ‘membayar tinggi’ kepada penganjur, maka mereka mempunyai peluang cerah untuk disenaraikan dalam senarai tujuh itu.
Negara yang mengambil bahagian dan tersenarai pendek pula tidak mempertikaikan senarai itu kerana penyenaraian itu boleh dijadikan modal untuk mereka memasarkan kawasan berkenaan sebagai tarikan pelancongan yang sudah tentu memberikan pulangan besar kepada negara masing-masing.
Hakikatnya, sebelum penganjuran penyenaraian itu, penganjur sudah pun mendapat dana daripada pihak tertentu, maka secara logiknya sepatutnya tiada bayaran perlu dikenakan kepada mana-mana negara yang mengambil bahagian walaupun bayaran untuk pemasaran atau penjenamaan kawasan.
Kita tolak tepi kontroversi berkenaan dan fokus kepada senarai yang ada. Adakah kita bersetuju dengan senarai tujuh keajaiban itu atau merasakan lebih banyak lagi kawasan yang lebih layak tersenarai berdasarkan keunikan masing-masing.
Mungkin penyenaraian tujuh keajaiban dunia baru itu perlu dijalankan organisasi dunia lebih dipercayai termasuk di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan bukan saja keputusannya lebih telus, tetapi mengelak cubaan eksploitasi pihak tertentu.
Tujuh Keajaiban Baru Dunia
Hutan Hujan Amazon, Brazil

Lembangan itu juga adalah yang terbesar di dunia dan paling bernilai di muka bumi.
Teluk Hualong, Vietnam
Teluk ini meliputi kawasan seluas 1.553 kilometer persegi termasuk 1,960 hingga 2,000 pulau kecil, yang kebanyakannya adalah batu kapur. Daratan teluk adalah 334 kilometer persegi dengan kepadatan 775 pulau kecil. Di percayai usia batu kapur di teluk ini menjangkaui 500 juta tahun. Evolusi batu kapur di teluk ini mengambil masa 20 juta tahun kesan perubahan iklim tropika. Terdapat
14 spesies bunga dan 60 spesies fauna.
Air Terjun Iguaz, sempadan Argentina-Brazil
Pulau Jeju, Korea Selatan
Taman Negara Komodo, Indonesia
Sungai Bawah Tanah, Puerto Princesa
Table Mountain, Afrika Selatan
INFO: Yayasan New 7 Wonders of Natur
Mengamalkan
prinsip yang sama dalam penetapan tujuh keajaiban dunia pernah
diumumkan sebelum ini termasuk Taj Mahal di India serta Piramid dan Giza
di Mesir.
Petikan : www.bharian.com.my
Oleh : Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2011/11/20
Petikan : www.bharian.com.my
Oleh : Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2011/11/20
No comments:
Post a Comment