Coklat buatan warga Belgium laris
YOGYAKARTA - Seorang warga Belgium, Thierry Detournay menjual coklat
buatan sendiri dengan menjadikan sebuah vespa berwarna merah jambu
sebagai sebuah kedai hampir sepuluh tahun lalu. Namun, kini, kurang tujuh tahun selepas pelancaran coklatnya yang
dikenali sebagai Monggo, banyak pusat beli-belah di pinggir Jakarta
menjual coklat tersebut.
"Semasa saya mula untuk membuat coklat di Indonesia, saya menyedari tidak ada coklat yang terbaik," kata Detournay.
Kini, syarikatnya itu yang beribu pejabat di sini menggaji 50 pekerja
di bahagian pengeluaran dengan sumber koko dari Pulau Jawa, Sumatera
dan Celebes. Syarikatnya itu mengeluarkan 75,000 batang coklat setiap bulan.
"Semasa saya melakukan perniagaan ini, saya melihat cita rasa penduduk Indonesia berubah. "Kini, lebih ramai golongan muda dan pertengahan mencari coklat gelap dan kualiti (coklat)," katanya. - REUTERS
No comments:
Post a Comment