WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama
melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana
tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor
akhbar MailOnline semalam.
Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup
matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha
berusia 10 tahun.
Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi.
"Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu
mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah," kata Obama
"Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi," tambahnya.
Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak
bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa
berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.
Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook. - Agensi
Petikan : www.kosmo.com.my 18/12/11
No comments:
Post a Comment