|
KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau
nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni
rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini,
penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak
pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.
Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November
lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah
perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan
penagih dadah.
Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama
Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music
Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara
tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di
Pengasih.
"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam.
Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.
"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara
ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu
ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang
dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment