Tarikh : December 22, 2011
SHAH ALAM – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan
hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan
Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan
fahaman sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak
pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur
serta menjadi mangsa serigala politik musuh.
Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan
bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas
tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.
“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas
bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang
adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. “Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang
perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian,
bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan
bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa
pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan
amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. “Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep
perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara
adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan
Raja Berpelembagaan,” katanya.
Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi
teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam
mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.
“Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?”katanya
No comments:
Post a Comment